Testimoni Herbalife Aina

Testimoni Herbalife Aina

Tuesday, 25 December 2012

Teh Herbalife Malaysia : Penjana tenaga anda



Salam semua.
Kenapa teh Herbalife Malaysia pilihan bijak untuk memulakan hari anda?

Pernah tak anda dengar istilah moody mornings?
Untuk sesetengah orang, kebanyakan daripada kita mesti rasa kurang bermaya, moody dan lesu pada waktu pagi. Especially pada hari Isnin yang sebelumnya merupakan hari Ahad, iaitu hari cuti awam. Waktu pagi sama ada nak pergi kerja, pergi class atau pun melakukan sesuatu perkara, kebanyakan daripada kita akan mengambil masa untuk mendapatkan semangat atau energy level yang optimum. Macam saya sendiri, dulu-dulu kalau pergi class waktu pagi mesti tak de mood nak belajar, mengantuk dan letih.

Perkara ini turut berlaku kepada ramai orang di luar sana. Akan ada yang rasa seperti kurang tidur, tak sihat, malas, nak tidur semula dan banyak lagi. Sebenarnya faktor yang menyebabkan kita tidak bermaya di waktu pagi adalah disebabkan kekurangan tenaga yang sememangnya sangat-sangat diperlukan di waktu pagi.

Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai jadual yang padat. Kekurangan masa untuk bersenam dan memilih cara pemakanan yang sihat turut menyumbang kepada kekurangan tenaga harian. Oleh itu, ramai daripada kita yang memilih untuk mendapatkan energy booster daripada sumber pemakanan luar. Dan energy booster yang terkenal di Malaysia tentulah minuman berkafein tinggi seperti kopi. Namun begitu, tahukah anda, pengambilan kafein yang berlebihan boleh menyumbang kepada pelbagai komplikasi pada masa hadapan?

Oleh itu apakah solusi bagi mereka yang memerlukan energy booster?
Tetapi mahukan minuman yang mempunyai kandungan kafein yang rendah? 
Mahu kekal bertenaga dari pagi sehingga petang?


Alhamdulillah, teh Herbalife Malaysia menyediakan jawapannya.
Untuk makluman pembaca, terdapat dua jenis teh yang disediakan oleh company Herbalife.

Pertama: NRG Tea atau pun nama penuhnya Natural Guarana Tea

Guarana merupakan sejenis bijian yang berasal dari Amazon. Biji Guarana menawarkan fungsi yang sama seperti kafein secara semula jadi sebagai pemulih tenaga dan juga meningkatkan kecergasan minda seseorang. Pemulihan tenaga secara semulajadi dan menyihatkan melalui pengambilan teh ini membuatkan energy level kita meningkat dalam keadaan yang sihat dan selamat. Saya sendiri kalau satu hari tu penat, pergi bancuh NRG memang sampai malam jadi semangat dan segar!

Kedua: Teamix

Teamix juga merupakan alternative yang ditawarkan oleh Herbalife sebagai natural energy booster bagi mereka yang ingin meningkatkan energy level terutamanya di waktu pagi. Teamix lebih berfokus kepada mereka yang ingin lose weight  kerana teamix membantu 20% bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Di samping itu, teh Herbalife Malaysia ini turut bertindak sebagai antioksidan, membantu pembakaran kalori dan juga detox.

Oleh itu, antara NRG tea dan teamix, mana yang perlu saya ambil?
Untuk menjawab soalan ini, anda perlu berbalik kepada pokok soalan.

Untuk focus kepada energy improvement:
NRG TEA
Untuk lose weight dan sedikit energy improvement:
Teamix
Untuk lose weight dan banyak energy improvement:
NRG Tea dan Teamix

Dulu, satu hari saya perlu minum 2-3 sachets kopi untuk mendapat tenaga. Dan ini membawa kepada banyak masalah kepada diri saya. Saya berasa pening, loya dan seperti dipaksa untuk bertenaga. Malah,  kandungan kopi yang tinggi gula dan susu turut menyumbang kepada kenaikan berat badan saya. Sebenarnya, kopi menyumbang kepada lebihan kalori yang boleh menyumbang kepada kenaikan berat badan kita. Kandungan kafein yang tinggi di dalam kopi juga adalah tidak elok untuk kesihatan kita. Jadi, tentunya amalan minum kopi secara berterusan boleh membawa kepada pelbagai masalah penyakit di kemudian hari.

Alhamdulillah, setelah minum NRG tea dan teamix, level of energy saya waktu pagi memang sangat-sangat improve. Setelah adanya teh Herbalife Malaysia ini, saya semakin bertenaga especially di waktu pagi. Bangun-bangun pagi tak rasa nak tidur balik, tak mengantuk, tak malas atau pun moody. Memang waktu pagi tu, dimulakan dengan keadaan yang ceria, aktif dan happy.

Paling ketara ialah sewaktu berpuasa. Kalau dulu, lepas sahur mesti nak tidur balik. Tapi, sejak bersahur dengan Herbalife ni, dan amalkan minum Teamix dan NRG waktu sahur, memang kekal bertenaga sampai ke petang. Focus dalam kelas juga meningkat. Kawan-kawan lain dah tersengguk-sengguk waktu lecture, tapi saya masih berjaya focus sampai kelas petang.

Yang bestnya tentang teh Herbalife Malaysia ni, satu sudu teh ini hanya 6 kalori je tau. Memang sangat-sangat rendah kalori! Jadi tak perlu risau kalau nak buat banyak2 pun. 

Teh Herbalife Malaysia yang berfungsi untuk memberikan tenaga tidak perlu dicampurkan gula atau susu. In fact, kandungan kafein semulajadi daripada extract teh juga adalah sangat-sangat rendah. Jadi, tentunya minuman ini merupakan pilihan yang lebih bijak sebagai gantian kopi di waktu pagi untuk kekal bertenaga sepanjang hari. 

Jadi sekiranya anda mencari solusi untuk meningkatkan tahap tenaga anda, atau pun ingin mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana teh Herbalife berfungsi sebagai energy booster yang terbaik untuk anda, anda boleh hubungi saya di ainafarzana.93@gmail.com atau 011-1282 2990.

Friday, 7 December 2012

Aloe Vera Herbalife :my favourite!

Salam semua.
Aloe Vera Herbalife :my favourite!

Hari ini saya nak berkongsi dengan semua readers tentang satu produk Herbalife yang memang menjadi kesayangan saya. Produk ini dipanggil Herbal Aloe Concentrate. Ada orang panggil aloe vera, ada panggil aloe, ada jugak yang panggil AV. Macam-macam nickname yang diberikan untuk produk ini kan? Hehe.




Secara asasnya, ramai orang tahu akan kebaikan aloe vera.  Kat rumah saya ini, memang banyak sangat pokok Aloe Vera atau pun lebih dikenal sebagai lidah buaya. Orang-orang tua ada bagi petua, nak rambut berkilat, lumurkan gel daun ni kat rambut, ada jugak yang bagi petua minum air daun ni untuk sejukkan badan. Banyak lagi petua lain berkaitan aloe vera ni. Hehe (google sendiri ye? )

Jadi, memang terbukti sejak turun-temurun yang aloe vera ini mempunyai keistimewaan sendiri. Yang bestnya, dalam Herbalife sendiri ada menyediakan produk yang berasaskan aloe vera!

Aloe Vera Herbalife yang istimewa ini, sangat-sangat membantu untuk penghadaman, masalah sembelit, peredaran darah dan hydration dalam badan.

Bagaimana Aloe Vera membantu?

Mudah je. Aloe vera Herbalife boleh membantu bagi mereka yang ingin lose weight, gain weight atau pun menjadi lebih sihat dengan cara membersihkan usus kita supaya kadar serapan nutrient akan menjadi lebih tinggi. Bila rate of absorption adalah lebih tinggi, maka semakin banyak nutrient yang sampai ke bahagian badan yang lain seperti kulit, rambut dan lain-lain. Bukan itu sahaja, waktu pergi event ZerotoHero baru-baru ini, saya baru tahu secara faktanya, kalau kita minum shake without aloe vera, kadar serapan nutrient mungkin dalam 50% sahaja. Tapi, bila kita consume Aloe Vera, kadar serapan nutrient di dalam shake boleh meningkat sehingga 90% tau. Inilah keistimewaan Aloe Vera Herbalife ini!

Secara keseluruhannya, aloe vera membantu sebanyak 30% bagi mereka yang ingin turunkan berat badan. :)


Senggugut: saat yang amat menyakitkan!


Dalam sebulan, akan ada time of the month yang orang-orang perempuan ni dibagi 'cuti'. Tapi waktu tu juga adalah waktu yang sangat menyakitkan bagi sesetengah perempuan, including me! Orang cakap, senggugut ini sakit dia lebih kurang nak bersalin. Tetapi tak seteruk nak bersalinlah kan? Sebelum berkenalan dengan Aloe Vera Herbalife ni, masa waktu sekolah dulu, kalau senggugut, memang saya akan terlantar seharian dekat atas katil. Tak boleh bangun, rasa sakit yang amat sangat, nak muntah, pening dan banyak lagi lah. Hanya mereka yang alami je faham perasaan bila kena period pain ni. Indescribable! Nasib baiklah dulu sekolah semua perempuan. Jadi kawan-kawan pun memahami. Ada yang tolong ambil air panas nak tuam kat perut. Kalau kitorang kat makmal, saya siap baring lagi atas bench, then akan ada kawan yang tolong tekan-tekan badan, urut-urut bagi kurang sikit. Waktu senggugut inilah waktu yang paling menakutkan dalam sebulan.


Sampai satu tahap, saya memang tak dapat tahan dah sakit senggugut ini, saya terpaksa ambil menstrual pil. Panadol yang warna pink tu. Sehari terpaksa ambil sampai 4-5 biji. Ubat-ubat ini kalau ambil lebih kan bahaya kan? Tapi, memang tak dapat tahan sangat dah. So ambil jelah. Ada sekali tu, saya senggugut waktu SPM. Nak jawab paper BIO pulak tu. Memang telan sampai 5 biji menstrual pil sebab nak tahan sakit. Tu pun sakit lagi tau. Mungkin sebab tu tak dapat A+ kot. heheh.

Tetapi sekarang. Alhamdulillah. Setelah berkenalan dengan encik Aloe Vera ini, masalah senggugut saya memang sangat-sangat improve. Aloe Vera Herbalife ini sangat-sangat membantu saya ketika menghadapi senggugut. Dulu rasa sakit sampai satu hari terlantar atas katil, sekarang ini, paling lama pun 1 jam rasa cramp dekat perut. Kalau dulu sakit senggugut sampai tak boleh bangun, sekarang boleh je berjalan-jalan bila sakit tu datang. Memang membantu sangat. Period juga menjadi semakin teratur dan tak serabut macam dulu. Alhamdulillah. Saya memang akan pastikan aloe vera ni ada dalam beg sepanjang masa. Rasa susah hati je kalau tak bawak. Hehe

Lagi satu yang bestnya pasal Aloe Vera Herbalife ni, saya dah lama tak kena serangan gastik. Saya ni, since sekolah rendah ada gastrik. Jadi, memang bab-bab makan ni sensitif sikit. Tapi, sejak consume Aloe, alhamdulillah. Tak pernah lagi kena gastrik. And tak payah dah jumpa doktor, untuk dapatkan ubat yang rasa macam colgate tu. hehe. Ini mungkin kerana, kandungan aloe vera yang bersifat alkali ni membantu untuk neutralisekan kandungan asid yang tinggi dalam badan saya. :) Jadi, no more gastrik for me.

Yang uniknya pasal Herbalife ini, anda tidak perlu risau kalau mengambilnya secara berlebihan. Kalau pergi ke customer day Herbalife, anda akan nampak ada orang yang minum shakes sampai 10 kali sehari. Ada yang minum aloe vera sebotol sehari. Teguk macam tu je tau. Tak payah bancuh dengan air pun. Bayangkan, betapa mereka memang sangat-sangat pentingkan kehadiran nutrisi dalam badan mereka.

Herbalife ni hanya makanan biasa yang penuhhhhhhh dengan nutrisi! High dense nutrients. Not a supplement, not a medicine. Just a food. Itu sahaja. Jadi, kalau overdose, memang akan lagi banyaklah nutrient yang di-supply kepada sel badan kan? Amin.

Jadi, bagi anda yang ingin mendapatkan produk Aloe Vera Herbalife atau pun mengetahui dengan lebih lanjut tentak kebaikan produk ini, anda boleh menghubungi saya di ainafarzana.93@gmail.com atau 011-1282 2990.

Quote untuk hari ini, 'Action is the key in turning the invisible to visible!'
Renung-renungkan :)








Thursday, 6 December 2012

Mencari Seorang Pengedar Herbalife?

Salam semua.

Adakah anda masih tercari-cari seorang pengedar Herbalife?

Sekiranya anda berminat untuk memulakan program Herbalife,  di manakah anda boleh mendapatkan produk ye?



Untuk makluman anda, produk Herbalife tidak dijual di mana-mana
  • pasar raya
  • farmasi atau kedai ubat-ubatan
  • shopping complex
  • kedai-kedai runcit

Jadi untuk mendapatkan produk, adalah sangat mudah.

Pertama, anda boleh buat tempahan secara online dengan melayari laman web Herbalife sendiri. Anda boleh membuat pilihan sama ada ingin mengambil produk secara 'pick up' atau pun secara 'delivery'.

Kedua, sekiranya anda tidak berminat untuk mendapatkan produk daripada mana-mana pengedar Herbalife,anda sendiri boleh pergi ke pejabat Herbalife yang berada di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, untuk mendapatkan produk. Pejabat Herbalife ini dibuka dari pukul 10 pagi lagi. Jadi, bolehlah anda agak2 waktu bila yang sesuai untuk pergi ke sana.

Cara yang lebih mudah, anda boleh mendapatkan produk Herbalife daripada saya, kerana saya merupakan seorang pengedar Herbalife yang sedia membantu anda. Ketahui bagaimana saya akan membantu anda untuk mengenal pasti produk apa yang anda perlukan ketika menjalani program Herbalife, bersesuaian dengan bajet anda sendiri. Dengan menjadi ahli, anda akan dapat menikmati kadar diskaun yang menyeronokkan untuk membeli produk Herbalife. Pendaftaran ahli hanya RM98 :)

Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan Herbalife, ingin mengetahui tahap kesihatan anda secara PERCUMA, atau pun ingin melantik seorang coach peribadi, saya sedia membantu anda. Boleh menghubungi saya, Aina Farzana Mohd Azmi (pengedar Herbalife Malaysia) di 011-1282 2990 atau ainafarzana.93@gmail.com.