Sedar tak sedar dah nak masuk 3 bulan aku menjadi Herbalife coach.
Pengalaman aku sebagai Herbalife Coach adalah satu journey yang sebenarnya mematangkan diri aku. Aku belajar memahami orang, belajar memahami masalah mereka, belajar untuk bantu mereka dan banyak lagi. Memang banyak sangat yang aku belajar bila jadi Herbalife Coach ni. Dan dalam masa 3 bulan aku jadi coach ni, aku dapat rasa satu perasaan yang berbeza sangat. Nak tahu apa dia? Rasa HAPPYYYYYYY tolong orang untuk lead a better lifestlye.
Dulu zaman-zaman sekolah dulu, ramai yang kononnya berdiet dan nak kurus lagi-lagi bila dah Form 4 Form 5 termasuklah aku. Dulu sebelum menjadi Herbalife Coach, kalau tengok orang lain turun berat badan, rasa jealous sangat. Jealous yang sampai kadang-kadang kalau kita tak turun berat badan, kita harap berat badan dia naik. Hehe. (Jahatnya dulu)
Tapi sekarang berbeza sangat. Setelah 3 bulan menjadi Herbalife Coach, aku rasa satu perkara yang berbeza bila kita coach orang untuk turun berat badan. Bila dia turun berat badan, akulah orang yang paling happy sekali. Ada sekali tu, seorang akak ni turun 2kg dalam masa seminggu, aku yang melompat-lompat, message dia cakap tahniah, tersenyum sampai ke petang. Boleh bayangkan tak perasaan tu? Rasa kepuasan yang tak terhingga.Dah jadi Herbalife Coach ni, perception aku berubah. Dulu, aku selalu fikir nak tolong orang kena jadi Doktor. Yes, tapi bukan hanya dengan menjadi doktor je kita boleh tolong orang. Banyak lagi cara untuk tolong orang. And one of the ways yang aku nampak ialah dengan menjadi Herbalife Coach. Aku nak diorang sendiri rasa perasaan yang aku rasa bila berjaya turun 10kg dalam masa dua bulan.
InsyaAllah, dalam masa 5 tahun lagi impian untuk menjadi doktor akan tercapai. Sementara untuk ke journey menjadi doktor, aku still boleh tolong orang jadi lebih sihat dengan menjadi Herbalife Coach. Setakat ni coachees aku semua berjaya turun berat badan dan aku doakan supaya mereka dapat mencapai berat badan yang mereka inginkan. Bukan untuk kurus semata-mata, tapi kita akan menjadi orang yang lebih baik, lebih menghargai kesihatan kita dan lebih menghargai peluang yang ada.
Kalau kalian antara orang yang perlukan pertolongan dalam usaha untuk menurunkan berat badan dengan Herbalife, saya sedia membantu dengan menjadi Herbalife Coach kalian. Boleh hubungi saya di 011-1282 2990 atau pun ainafarzana.93@gmail.com.
Quote untuk hari ini, 'I am here to help you, but do you want it; is another thing'.
Renung-renungkan. :)


