Testimoni Herbalife Aina

Testimoni Herbalife Aina
Showing posts with label Diet Herbalife. Show all posts
Showing posts with label Diet Herbalife. Show all posts

Monday, 27 January 2014

Kurus dengan Herbalife : Jangan tangguhkan lagi

Bismillah..

Kurus dengan Herbalife : kenapa anda masih perlu berfikir?

Tahukah anda, Malaysia merupakan salah satu negara yang tinggi kadar penduduk obesiti di Asia? Menurut fakta, seramai 2 daripada 5 orang di Malaysia mempunyai masalah kegemukan atau pun berlebihan berat badan.

Kalau anda tidak percaya, lihat di sekeliling anda. Di pasaraya, di pusat membeli belah, di kedai-kedai makan. Pastinya akan kelihatan mereka yang berlebihan berat badan.


Dan apa yang merunsingkan ialah, kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak juga semakin meningkat. Bayangkan, apabila usia mereka mencecah 20-an, 30-an. Adakah mereka akan berada dalam keadaan yang sihat? Adakah kesihatan mereka akan membenarkan mereka untuk menjalani hidup seperti orang normal? Tentu tidak selagi tiada tindakan yang diambil.

Kenapa obesiti adalah satu isu yang membahayakan? Kerana obesiti boleh membawa kepada pelbagai penyakit lain. Dalam istilah perubatan, kami panggilnya sebagai secondary disease. Terlalu banyak secondary diseases yang boleh terjadi, seperti masalah jantung, kanser, strok, kencing manis, kegagalan buah pinggang dan yang paling merisaukan, obesiti boleh membawa kepada kematian.

Cuba bayangkan, mereka yang menghadapai penyakit tersenarai di atas adalah ahli keluarga anda, kenalan-kenalan anda, ataupun jiran anda. Tentu kita tidak mahu berada dalam keadaan itu bukan?

Oleh itu, sesuatu harus dilakukan. Ada orang yang bertindak menggunakan pil kurus, ada yang pergi ke slimming centre, dan ada juga yang melakukan pembedahan seperti liposuction untuk kurus.

Namun, tidak semua orang mendapat hasil yang diinginkan. Ada yang telah melakukan pelbagai usaha, tetapi masih gagal. Ataupun ada yang telah berjaya menurunkan berat badan tetapi berat tersebut tidak dapat dikekalkan dan naik semula. Adakah anda merupakan antara golongan itu?

Jangan risau, saya juga pernah berada dalam condition yang sama seperti anda suatu ketika dahulu sebelum kurus dengan Herbalife. Kerana kegemukan sejak kecil, saya sentiasa berasa low-confidence dan setiap kali ada sahaja advertisement tentang program kurus, pasti akan menarik hati saya.

Tetapi saya amat bersyukur kerana dipertemukan dengan produk Herbalife. Setelah decide untuk kurus dengan Herbalife, saya berjaya menurunkan 10kg dalam masa dua bulan. Dan setelah hampir dua tahun menggunakan produk, berat saya masih kekal dalam range yang sama.

Bagaimana boleh jadi begitu?

Kerana Herbalife adalah makanan lengkap nutrisi yang seimbang, sesuai untuk setiap golongan. Apabila badan mendapat nutrisi yang lengkap, kesihatan dan berat badan juga akan terkawal. Yang paling menarik, sangat mudah cara penyediaan Herbalife. Sebagai pelajar perubatan, masa saya memang sangat terhad. Lebih-lebih lagi apabila ingin menyediakan makanan. Tetapi setelah diperkenalkan dengan Herbalife, saya rasakan ini adalah makanan instant yang pantas. mengenyangkan malah menyihatkan.

Jika saya boleh lakukan, kenapa tidak anda?

Jika anda rasa anda perlu turunkan berat badan, kenapa anda masih belum cuba kurus dengan Herbalife? Jangan terlalu banyak berfikir sehingga tiada keputusan yang dilakukan. Saya pasti anda sebenarnya mahu mencuba produk Herbalife tetapi masih ada persoalan yang bersarang di minda anda seperti:

'Di mana saya boleh dapatkan produk?'
'Shake Herbalife ni berapa harganya?'

Untuk menjawab segala persoalan tersebut, lantiklah saya sebagai coach anda. Dan saya boleh menjawab persoalan-persoalan tersebut seterusnya membantu anda untuk turunkan berat badan. Anda hanya perlu klik disini. 

Ayuh, jangan bertangguh lagi. Lagi lama anda berfikir, lagi lama tiada keputusan yang dilakukan. Lagi lama masalah berat badan membelenggu anda. Lagi lama risiko anda terdedah kepada pelbagai penyakit. 

Hanya dengan satu tindakan, anda akan berjaya merubah diri anda.

Ingin kurus dengan Herbalife?


WHATSAPP/VIBER 011-1282 2990 // EMAIL: ainafarzana.93@gmail.com


Do something, before its too late.

Wednesday, 6 February 2013

Tumpang tanya, macam mana cara kurus dengan Herbalife?

Bismillah,
Cara kurus dengan Herbalife? Apakah cara yang terbaik ye?

Ramai orang di luar sana yang bertanyakan begini kepada saya. Kebanyakan daripada mereka apabila diselidik, produk dah ada. And ada jugak yang sampai dah penuh satu almari dengan produk dekat rumah. Tapi masih tak dapat result atau pun tak tahu cara yang betul untuk gunakan produk. Hasilnya, mereka akan mula patah semangat, salahkan produk kerana tidak mendapat result dan banyak lagi perkara negatif yang mungkin berlaku.

Sedangkan sebenarnya, apa yang kurang diketahui di sini adalah, mereka sepatutnya mendapatkan khidmat coaching yang sememangnya ada dan amat disarankan dalam program turun berat badan dengan Herbalife. Dengan adanya coach, barulah anda akan tahu cara kurus dengan Herbalife yang terbaik untuk anda.

Ada banyak sms/ email yang saya terima berbunyi begini..

'Akak, boleh tak akak coach saya, sebab saya dah ada produk tapi tak tahu nak guna macam mana, berat saya naik je kak'

'Hai Aina, saya tengah guna produk Herbalife tapi saya suka lah letak shake campur sekali dengan milo and susu pekat sikit. Rasa lemak-lemak sikit. Nape saya tak kurus-kurus lagi ye?'

'Dik, akak nak mintak tolong sikit, akak beli produk dari kawan punya kawan, dapat murah sikit, tapi akak nak adik coach akak lah, sebab adik banyak dah turun berat and adik punya customer pun ramai yang turun berat.' 

Pertama sekali, untuk mereka yang mungkin berada dalam keadaan ini. Seribu satu kemaafan yang saya pinta. Saya tidak dapat membantu anda mahupun mengajar anda tentang cara kurus dengan Herbalife yang terbaik.

Kenapa?
Apabila anda mendaftar sebagai ahli dan beli produk daripada seorang pengedar Herbalife, sudah menjadi satu keperluan untuk anda mendapatkan khidmat nasihat daripada pengedar Herbalife tersebut  bagi membantu anda cara gunakan produk yang terbaik. Saya memahami perasaan anda, apabila sejumlah duit yang banyak telah dikeluarkan, tentu kita akan berasa sedih sekiranya kita tidak mendapat keputusan atau pun target yang diinginkan. Tetapi, masih belum terlambat! Anda masih boleh lakukan sesuatu.

Jadi, apa yang sepatutnya anda lakukan, hubungi semula coach anda tersebut supaya mereka dapat membantu anda. Bincang secara elok bagi mendapatkan sesuatu keputusan yang boleh membantu usaha penurunan berat badan anda. Satu kata-kata yang patut awak ingat, 'Coach awak, adalah the best coach yang Allah hantar untuk membantu awak'. Jadi, jangan ragu-ragu untuk hubungi semula mereka. Rugi sekiranya anda membelanjakan sejumlah wang tetapi anda sendiri tidak serious untuk mengetahui apakah langkah yang perlu anda lakukan in order to achieve your dreams.

Bagi anda yang masih belum ada coach pula, masih belum ada produk, ini adalah masanya untuk melakukan sedikit homework. Anda bebas untuk memilih coach mana yang anda rasa selesa untuk membantu anda. Pastikan, anda mempunyai coach untuk lose weight. Okay? Masih ada masa lagi untuk belajar dan mengetahui siapakah coach Herbalife yang boleh guide anda untuk mengetahui cara kurus dengan Herbalife yang terbaik. Jangan disebabkan anda boleh dapat harga murah, dapat membeli produk kononnya dengan 'harga member', dapat produk for free dan banyak lagi perkara lain, anda tidak dapat after sales service which is wayyyyy more important.

Secara asasnya, program turun berat badan Herbalife memerlukan anda menggantikan 2 normal meal anda dengan shake Herbalife dan satu normal meal biasa. Tetapi secara detailnya, tentang apa yang perlu diambil, berapa banyak, macam mana cara makan dan lain-lain: memerlukan anda untuk menghubungi coach anda. Kenapa? Sebab semua orang mempunyai keperluan berbeza, jadi cara pun berbeza. And the best person yang akan mengetahui anda dengan lebih baik tentunya coach anda. Ok? :)

Tercari-cari seorang coach yang boleh membantu anda mendapatkan cara kurus dengan Herbalife yang terbaik? Saya yakin saya boleh membantu anda. Hubungi saya sekarang di ainafarzana.93@gmail.com atau 011-1282 2990.

Quote untuk hari ini, 'Dont delay your success! Act now and you are one step closer to your dreams'



Monday, 26 November 2012

Diet Herbalife: Confirm ke boleh kurus?

'Diet Herbalife: Confirm ke boleh kurus?'

Hai semua, hari ni isunya ialah sama ada diet Herbalife ni confirm ke boleh buat korang kurus?

Entry ni diwujudkan kerana ada beberapa prospek yang menghantarkan mesej kepada saya, begini:
  • 'Salam Cik Aina, saya nak turun 10kg dalam sebulan, Confirm ke shake Herbalife boleh tolong'
  • 'Hello Miss, you boleh guarantee ke I dapat lose weight dengan produk Herbalife?'
  • 'Kenapa I dah makan shake sebulan, tapi berat tak turun-turun pun?'
Herbalife merupakan satu alternatif yang bijak bagi mereka yang ingin turunkan berat badan. Macam saya sendiri, saya dah turun 10kg dalam masa dua bulan setelah menggunakannya dan masih berjaya kekalkan berat badan tersebut.

TETAPI...

untuk memberi jaminan kepada anda sama ada produk ini confirm boleh buat anda kurus atau pun tidak, jawapan saya ialah 'saya tak tahu'. 

"budak ni tak confident dengan Herbalife ke?" 

No no no. Mestilah saya confident dengan keberkesanan Herbalife ni sebab saya sendiri ialah product of the product. Coach saya juga merupakan product of the product. Jadi of course kami confident dengan Herbalife yang sudah menjadi sebahagian daripada hidup kami. 

Kenapa saya katakan 'saya tak tahu'  yang anda dapat kurus atau tidak, adalah kerana semuanya adalah bergantung kepada diri anda sendiri. Kenapa saya kata macam tu?

Anda perlu faham, untuk menurunkan berat badan dengan diet Herbalife, anda sendiri perlu serious dan komited. Banyak perkara yang perlu dikorbankan untuk lose weight ini. Saya berjaya turunkan berat badan kerana saya komited dengan usaha penurunan berat badan saya. Tetapi adakah anda komited? Saya tak tahu.

Analogi mudah..

Okay untuk memasak, tools yang diperlukan ialah:
Dapur, tong gas, pisau, bahan masakan dan lain-lain.
Tetapi, adakah dengan adanya alatan ni semua, boleh bagi jaminan yang makanan akan tersedia hari-hari dekat atas meja? Tentulah tidak. Makanan tidak akan tersedia kalau tak ada orang yang nak masak makanan tersebut hari-hari.

Begitu juga dalam Herbalife.
Coach, customized menu, produk : semuanya adalah tools yang diperlukan dalam program ini. Tetapi adakah dengan adanya semua ni, korang confirm kurus dengan diet Herbalife kalau korang sendiri tak commit untuk hubungi coach, ikut menu yang diberikan, makan produk dengan betul etc? Of course tak. Everything begins with you. :)

Sebab itu jawapan saya sama ada anda confirm2 dapat kurus bila mula menggunakan Herbalife ialah 'saya tak tahu'.
Semuanya bergantung kepada anda. Usaha, disiplin dan konsistensi semuanya bermula dari anda. Coach, produk, menu, semua dah disediakan kepada anda, tetapi sama ada anda mahu atau pun tidak, itu semua bergantung dekat diri anda ok? :)

Jadi, apa yang saya boleh sarankan kepada anda yang ingin mencuba untuk kurus dengan diet Herbalife, give it a try. You never know how strong you are until you are in that position where courage is needed. Tak rugi untuk mencuba. Sebagai coach, saya akan lakukan yang terbaik untuk membantu anda. 

Oleh itu, bagi anda yang serious ingin mula menggunakan produk Herbalife dan masih mencari-cari seorang coach Herbalife yang boleh bantu anda, anda boleh melantik saya dengan menjadi coach anda di ainafarzana.93@gmail.com atau 011-1282 2990.

Quote untuk hari ini, 'Losing weight is like marriage, you can't cheat on it and expect it to work.'
Renung-renungkan. :)










Wednesday, 21 November 2012

Diet Herbalife: What's your breakfast?

Apa beza diet Herbalife sebagai pilihan sarapan yang bijak?

Salam semua! Have you had your shake today? Dah lama pula rasanya tak update entry dalam blog ini.  Kali ini saya nak share apa sebenarnya keistimewaan diet Herbalife sebagai pilihan sarapan anda.

Sebelum tu, jom kita analisis balik diri kita. Apa yang kita ambil sebagai sarapan? 

Nasi lemak?
Teh tarik?
Roti canai? 
3 makanan ni memang makanan hot stuff di Malaysia sebenarnya. Tapi tahukah anda, apa yang anda makan sewaktu sarapan adalah sangat penting sebagai energy booster untuk satu hari. Anddd, breakfast will play a very important role untuk menentukan berat badan kita.

Ada orang cakap, 'eh aku tak perlu diet Herbalife ni, diet aku skip jeeee breakfast. confirm KURUS.' This is a big nooooo sebenarnya untuk orang yang ingin menurunkan berat badan. Kenapa? Nanti saya terangkan ye?

Ada orang pulak, 'eh sarapan aku makan berat-berat, makan banyak-banyak. makanlah nasi ke ape ke. Then satu hari aku tak payah makan. Tak perlu susah-susah nak amalkan diet Herbalife ni.' Ini pun satu kesalahan sebenarnya.

Saya akan terangkan semudah yang mungkin supaya anda semua faham apa yang berlaku dalam badan kita walaupun korang tak amalkan diet Herbalife.

Dalam badan kita ada satu hormon yang sangat powerful. Nama dia INSULIN.

Skip breakfast?
Bila anda skip breakfast, paras gula dalam darah anda akan menurun dari paras normal. Bila paras gula menurun, kita akan jadi sangat-sangat lapar. And bila jadi macam ni, kita akan tend to makan dengan sangatttt banyak waktu lunch atau pun dinner. Pemilihan makanan pun akan menjadi kurang bijak, sebab kita dah lapar sangat kan? So semua benda pun kita makan. Tak kiralah berminyak ke bersantan ke, janji kenyang. Betul tak?

Apa terjadi lepas tu?
Bila kita dah makan banyak waktu lunch and dinner, paras gula dalam darah akan meningkat dari paras normal. Kat sini, insulin akan terhasil dengan banyak dan bertindak untuk tukarkan gula yang berlebihan kepada lemak. Sooo, sinilah berlakunya pertambahan berat badan. Badan pun akan jadi penat, letih dan cepat mengantuk. Tak percaya? Cubalah. :P

Breakfast tinggi karbohidrat?

Ada orang pula makan banyak-banyak, heavy meal waktu breakfast bila nak diet. Ini pun salah sebenarnya. Bila kita makan terlalu banyak carbo-based  meal waktu breakfast, paras gula dalam darah akan naik dari paras normal. Thennn, insulin pun datang untuk tukarkan gula berlebihan tu kepada lemak. Jadi bila circle ni keep on going, of course lemak akan terkumpul dan berat badan akan naik.

Sarapan diet Herbalife
Berbeza dengan sarapan diet Herbalife, produk Herbalife adalah makanan yang mengandungi protein yang sihat, nutrient yang lengkap, sangat-sangat rendah lemak dan anda akan kenyang lebih lama. Jadi, selera makan akan terkawal, paras gula dalam darah akan terkawal dan anda akan kurang berkeinginan untuk makan makanan yang tinggi karbohidrat dalam kadar yang banyak. Hasilnya, berat badan anda akan terkawal. Best kan diet Herbalife ni?

Diet Herbalife pilihan saya.
Alhamdulillah, sudah hampir 6 bulan saya mengamalkan sarapan pagi dengan diet Herbalife. Sangat amazing kerana sudah hampir 6 bulan, berat saya masih konsisten pada 55kg -56kg. Yang bestnya dengan diet Herbalife ni, saya masih dapat menikmati makanan favourite saya tanpa rasa risau kerana saya tahu Herbalife ada dengan saya. :)

Apa pula pilihan sarapan anda? Sekiranya anda berminat untuk mulakan sarapan sihat dengan diet Herbalife, anda boleh menghubungi saya di 011-1282 2990 atau ainafarzana.93@gmail.com.

Quote untuk hari ini, 'You are what you eat!'
Renung-renungkan :)






Wednesday, 10 October 2012

Diet Herbalife: Menu bagaimanakah yang sesuai?

Salam semua. Have you had your shake today?

Baru-baru ini saya ada mendapat satu soalan daripada seorang kenalan, seorang consumer Herbalife juga. Tetapi tidak mempunyai coach, kerana beliau ingin mendapatkan produk dengan harga ahli walaupun tidak register as member.

Begini bunyinya...

"Aina, kau still maintain berat badan ke dengan menu diet Herbalife tu? Aku punya diet tak jalan pun. Macam mana menu diet Herbalife yang kau ambik eh?"~ Ms  X

Jadi di sini, let us make it clear tentang menu diet Herbalife yang sesuai untuk setiap individu :)


Sebelum anda memulakan program diet Herbalife anda, anda sepatutnya melantik seorang coach Herbalife bukan? Jadi, di sinilah coach Herbalife anda akan membantu anda untuk customize menu diet Herbalife yang sesuai.

Sebelum anda mengikuti sebarang aturan menu diet Herbalife, coach anda akan mengenal pasti keperluan badan anda serta sasaran yang diinginkan.

Jadi, perlu ke kita beli SEMUA produk Herbalife?

Tentunya tidak.
Setiap individu mempunyai keperluan serta masalah yang berbeza. Setiap badan juga mempunyai condition yang tidak sama. Jadi, pelan pemakanan dan menu diet Herbalife yang berbeza juga akan disesuaikan mengikut badan  anda, supaya anda mendapat kesan yang terbaik. Semua ini dapat dilakukan of course dengan adanya bantuan coach Herbalife anda  :)

Sebab itu saya sentiasa tekankan yang kehadiran seorang coach itu sangatlah penting. Coach yang anda suka dan percayakan perlulah hadir kerana losing weight is a JOURNEY and an ongoing process.

Analoginya senang je.

Matlamat akhir anda: Hendak berkahwin
Proses sebelum anda berkahwin: anda akan berkenalan dengan bakal suami/isteri anda. Kenal hati budi masing-masing. Kenal bakal keluarga anda. Solat istikharah memohon petunjuk dari Allah dan sebagainya.

begitu juga apabila anda dalam program diet Herbalife...

Matlamat akhir anda: Turun berat badan
Proses sebelum anda berjaya menurunkan berat badan: Selalu menghubungi coach anda dan consult beliau. Mengikuti menu diet Herbalife yang disediakan. Minum air dengan kadar yang mencukupi. Bersenam dan memilih makanan yang betul.

Jadi di sini, nampak bukan?
Sebelum kita menurunkan berat badan, kita mestilah faham bahawa untuk menurunkan berat badan, we have to go through the journey.
Sama ada journey tersebut mudah atau pun sukar, semuanya bergantung dekat individu masing-masing. Dekat sinilah semangat anda, konsistensi anda dan kehadiran coach anda memainkan peranan supaya program diet Herbalife anda akan menjadi satu journey yang best, menyeronokkan and most importantly membuahkan hasil! :)

Okay, berbalik kepada rakan saya tadi, message yang saya ingin sampaikan kepada anda disini adalah, menu diet Herbalife yang sesuai untuk anda adalah menu yang telah disusun oleh coach anda. Menu diet Herbalife hanya akan disusun setelah coach anda memahami keperluan tubuh badan anda serta target yang anda ingin capai.

Jadi, sekiranya anda mencari seorang coach Herbalife dan inginkan menu diet Herbalife yang sesuai untuk anda, saya yakin saya dapat membantu anda. Anda boleh menghubungi saya di ainafarzana.93@gmail.com atau 011-12822990.

Quote untuk hari ini, 'I'm not telling you it is going to be easy, but I'm telling you that it's going to be worth it!'
Renung-renungkan :)