Testimoni Herbalife Aina

Testimoni Herbalife Aina

Friday, 31 August 2012

I did struggle to lose weight

Hari ini, saya hendak berkongsi dengan anda tentang pengalaman saya sendiri untuk menguruskan badan ni. Saya sebenarnya memang berbadan besar sejak kecik lagi. Tanyalah parents saya, apa yang saya tak pernah makan. Kadang-kadang satu ekor ayam mama saya masak, saya dengan adik saya BOLEH HABISKAN. Percaya takkkk? Saya sendiri pun tak percaya sekarang. HAHAHA

Tapi bila dah naik darjah 6, perasaan malu, rendah diri, semuaaaaanya timbul. Lagi-lagi bila kena ejek dengan kawan-kawan dekat sekolah. Bayangkanlah, darjah 3, my weight is 68 kg!! Tapi nak exercise dekat taman or padang malu! TAKUT kena gelak dengan kawan-kawan. Jadi, nak tahu apa saya buat?  *muka beriye*  Saya jogging keliling meja makan masa cuti sekolah. Hari-hari buat 100 rounds. Punyalah semangat masa tu, makan apa pun tak nak. Lepas 2 minggu pusing keliling meja, berjaya lah turun ke 60 kg. Hahaha! what an experience!

Lebih kurang macam ni lah, saiz meja tempat saya jogging hari-hari

Form 1, masuk pulak asrama, so to maintain my weight, every single day saya akan jogging 10 rounds dekat trek sekolah, sit up 100 kali, skipping 1000 kali. Itulah rutin harian saya. Tanyalah budak-budak SSP,  hari-hari memang muka ni lah yang ada dekat trek tu. Sampai Form 3, dah nak PMR kan, so slow down lah sikit. Tapi even hari-hari saya jog, berat still around that area je. Tension jugak sebenarnya. Naik form 4, dah start busy, handle majlis tu lah majlis ni lah. Jadi, niat untuk menguruskan badan terpaksa dilupakan buat seketika. Masa form 5 pula, disebabkan saya menjadi ketua pelajar, jadual saya memang penuh dan tak dapat luangkan masa langsung untuk bersenam. Lepas tu bila stress, malam-malam semua benda lah saya kunyah. Maggi, biskut, roti, bubur instant, semua ada. Boleh kira berapa kali je turun track dalam masa setahun. Memang masa tingkatan 5, berat saya naik dengan mendadak.
This is the track, where I spent 60% of my high school year, untuk exercise.

Sampailah habis sekolah, pelbagai cara dah guna nak turun berat, diet tak menjadi, bersenam pun tak turun sangat. Semua produk yang orang kata ok saya cuba, tapi hasil dia tak worth it. I was still stucked at 65 kgs!  Sampailah, i was introduced to Herbalife. While consuming Herbalife, pun ada kisah menarik juga. I'll tell you in the next entry. Stay tuned :)


No comments:

Post a Comment