
Pernah tak anda dengar orang cakap Herbalife berkesan untuk menjadikan kita awet muda?
Dulu aku tak kenal pun Herbalife ni, jadi memang tak tahu pun Herbalife ni berkesan untuk aku. Zaman sekolah dulu, aku memang berbadan besar. In fact, sejak dari kecil lagi. Kalau makan nasi, boleh bergaduh dengan adik sebab berebut nak makan ayam. Bila dah besar sikit, masuk sekolah menengah, rasa malu tu dah menebal dalam diri. Mulalah rasa inferior sebab badan sendiri lebih besar berbanding rakan sebaya yang lain.
Yang sedihnya, baru masuk sekolah menengah, kalau pergi jalan-jalan or visit rumah jiran or rumah kawan-kawan abah and mama, ada je perkataan yang kurang elok didengar. Sedih, rendah diri semua ada.
Aku ingat lagi, umur tak sampai pun 15 tahun, ada makcik yang tanya, 'kerja dekat mana sekarang ni?', atau pun ada kenalan parents yang kononnya nak beramah mesra akan tegur, 'buat degree course apa?'. Malah, kalau nak beli baju or seluar dekat kedai, salesgirl/salesboy yang memang confirm2 jauh lebih tua dari kita akan panggil kita 'akak nak beli apa?'. Sampai satu tahap tu, aku dah immune dah dengan panggilan orang yang menunjukkan aku kelihatan lebih tua dari usia sebenar aku, (15 TAHUN waktu itu).
Setelah mempunyai azam yang kuat untuk kurangkan berat badan, dan survey beberapa produk yang boleh menurunkan berat badan, aku yakin Herbalife berkesan dan menepati citarasa aku. Aku berjumpa dengan coach aku, kak Aziera, dan aku berjaya menurunkan 10kg hanya dalam masa dua bulan. Sekarang pun, aku masih lagi dalam misi untuk menurunkan berat badan kepada 50 kg. Dengan result yang aku dapat, memang aku yakin Herbalife berkesan untuk menurunkan berat badan secara sihat.
Bukan itu sahaja. Setelah menggunakan produk Herbalife, sesuatu perkara yang ajaib berlaku, membuktikan sekali lagi yang Herbalife berkesan untuk aku.
1st incident:
Aku ikut family pergi beraya ke rumah atuk sedara yang sudah lama kami tidak jumpa. Bila salam-salam tu, diorang tegur, 'awak form berapa?'. wahhhh, nampak muda kah aku? In fact, adik aku yang baru form 3 dikatakan sebagai kakak aku. Kesian dia. hehe. Tetapi inilah antara side effectnya. Herbalife berkesan bukan sahaja untuk buatkan kita lose weight, tapi awet muda tau.
2nd incident:
Aku beli barang dekat shopping complex. Tiba-tiba ada seorang pak guard tahan aku. 'Awak ponteng sekolah ye, ni waktu sekolah ni kenapa tak pergi sekolah?'. Punyalah terkejut aku. Aku dah habis sekolah dah pun, beriyer convincekan pak guard tu, sampai kena tunjukkan IC, baru dia percaya.
3rd incident:
Aku pergi tengok wayang dengan kawan. Memandangkan movie yang aku nak tengok time tu 18 above (mempunyai unsur-unsur ganas), tapi aku dah cukup umur kan, so bolehla tengok. Tiba-tiba orang jaga kaunter tu mintak IC, tak percaya yang aku sudah pun berumur 19 tahun.
dan semalam satu lagi incident yang membuatkan aku convince bahawa Herbalife berkesan untuk menjadikan kita lebih awet muda.
Aku pergi gunting rambut di sebuah salon di Sunway Pyramid semalam. Masa potong rambut tu, tukang gunting rambut recommend la gunting rambut macam ni macam ni. Dia cakap, 'Bila u gunting rambut macam ni, baru nampak matang sikit. If not, u nampak macam budak-budak sangat. Nanti orang senang buli u'.
Semua comment ni buat aku wonder, dulu masa sekolah sibuk cakap aku ni budak Uni lah, dah kerja lah, and macam-macam lagilah. Tapi setelah menggunakan Herbalife ni ramai pula tegur nampak lebih muda, rasanya Herbalife memang berkesan untuk membuatkan kita kelihatan awet muda. Ini adalah salah satu daripada kesan sampingan Herbalife.
Aku teringat waktu pergi gathering team dekat rumah Stella. Memang dia sendiri ada cakap. 'When you consume Herbalife, dia akan 'lock' ur age to the age when u first start consuming the product.' Memang betul apa yang dia cakap. Herbalife berkesan bukan sahaja untuk dalaman, tetapi luaran tau. Perkara ini bukan sahaja dirasai oleh aku, tetapi consumer-consumer Herbalife yang lain terutamanya yang sudah lama menggunakan produk. Coach aku sendiri, memang kelihatan muda dari umur sebenar dia. Kalau aku tak kenal dia, mesti aku ingat dia tak kahwin lagi, sedangkan dia sudah mempunyai dua orang anak tau. :)
Team member yang lain pun membuktikan bahawa Herbalife berkesan sebab semua nampak awet muda, especially Stella dan kak Nora.
Herbalife berkesan untuk buatkan kita kelihatan awet muda kerana sel badan kita telah pun mendapat khasiat yang diperlukan. Bila kesihatan dalaman kita sudah diimprove, kesan luaran juga akan dapat dilihat.
Herbalife berkesan untuk saya, dan saya yakin saya boleh membantu anda untuk dapatkan kesan yang sama. Bagi anda yang inginkan bantuan untuk menurunkan berat badan, dan rasai sendiri perubahan positif bersama Herbalife, anda boleh hubungi saya di ainafarzana.93@gmail.com atau 011-1282 2990.
Quote untuk hari ini, 'Your body is a result of the choices you make'

No comments:
Post a Comment