Testimoni Herbalife Aina

Testimoni Herbalife Aina

Friday, 24 January 2014

Kurus dengan Herbalife : kena tahan lapar ke?

Bismillah..

Sudah lama saya tidak menulis di sini atas kesibukan sebagai pelajar. Namun atas email sama yang kerap saya terima, saya teruskan semula blogging ini. InsyaAllah sedikit sebanyak dapat membantu anda mengenali cara untuk kurus dengan Herbalife.

Bila saya mula membancuh shake Herbalife, lagi-lagi depan kenalan baru yang first time nampak, apa tu Herbalife, perkara pertama yang mereka akan tanya

"Eh Aina, makan shake kena tahan makan ke?'
"Em Aina, you kurus (boleh baca kisah saya dengan Herbalife disini) ni you tak makan nasi langsung eh?"

Yes. Itulah tanggapan orang ramai. Nak kurus, mesti kena berlapar. Nak kurus, tak boleh makan nasi etc. In fact, ramai kenalan sekeliling bila nak diet, terus tak makan apa-apa.

Hari pertama, mereka rasa ‘ok lagi ni..tak payah makan apa-apa’
Hari kedua bila ikut kawan pergi makan, ‘ish terliur pulak tengok nasi kandar tu’
Hari ketiga,’ ish tak tahanlah.. Kena jugak makan nasi ni’

Ramai yang pernah mempunyai pengalaman sebegini bukan? Saya juga pernah berada dalam situasi yang sama sebelum saya tahu anda tidak perlu berlapar apabila ingin kurus dengan Herbalife. Disebabkan tiada bimbingan dan tunjuk ajar daripada coach, saya juga pernah beranggapan, untuk kurus tak boleh makan nasi, kena diet kaw-kaw!

Tetapi..hasilnya, rasa letih, tak tahan, cepat lapar…dan end up terus berputus asa untuk berdiet.


Sedangkan, apa yang perlu difahami, diet sihat adalah diet yang menitikberatkan pengambilan makanan dalam kuantiti dan kualiti makanan yang baik. Apabila kita mula mengurangkan pemakanan harian dengan drastik, metabolisma badan secara automatiknya akan mula menurun. Dan ini akan menyebabkan badan kita semakin 'slow' untuk bakar lemak dalam badan. Sebab itu ada antara kita walaupun telah mengurangkan pengambilan makanan, badan masih tidak menunjukkan perubahan. Berat masih tidak berubah. Kenapa? Kerana badan tak dapat nutrisi yang diperlukan untuk bakar lemak badan.

Sekiranya anda seperti saya yang mahu kurus dengan cara yang sihat dan tanpa perlu berlapar, shake Herbalife merupakan satu jalan tepat dan baik untuk anda fikirkan. Shake Herbalife merupakan makanan seimbang yang sedap dan pantas untuk disediakan. Bukan itu sahaja, untuk kurus dengan Herbalife, anda tidak perlu berlapar. In fact anda akan dibenarkan untuk makan lima kali sehari, melalui bimbingan saya sebagai coach.

Best kan? :)

Alhamdulillah, setelah hampir tiga tahun bersama shake Herbalife, berat badan saya masih berada pada nombor yang sama. Kalau naik pun dalam 1-2kg dan akan mudah turun semula. 


Jadi sekiranya anda sendiri ingin merasai sendiri pengalaman kurus dengan Herbalife tanpa perlu berlapar, anda boleh mulakan langkah anda dengan klik disini.

Quote untuk hari ini,
"Stop wishing, start doing!"

No comments:

Post a Comment